Sejarah Bonchon Chicken

Bonchon Chicken bermula pada tahun 2002 di Busan, Korea Selatan. Lokasi pertama di Amerka Syarikat ialah di Fort Lee, New Jersey.[3] Ia kemudiannya membuka cawangan di California, New York, Connecticut, Illinois, Pennsylvania, Maryland, Massachusetts, Minnesota, New Jersey, Virginia, Carolina Utara, Florida, Texas, Delaware dan Washington.[4] [5] [6] Francais ayam goreng Korea kini beroperasi di 21 negeri di AS dan 8 negara di peringkat antarabangsa.

Seo Jin-duk ialah pengasas Bonchon Chicken dan Flynn Dekker yang kini merupakan CEO.

Pada 2021, Bonchon memindahkan ibu pejabat globalnya ke Dallas, Texas.[7]